Friday 22 March 2013

Sejarah Kad Pengenalan




Latar Belakang
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Evolusi Kad Pengenalan (1948 - 1999)
Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesasihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.


MyKad (sejak tahun 2000)
Untuk memenuhi keperluan keunikan kad pintar ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengenali, mencipta, dan membangunkan prasarana untuk menghasilkan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Projek ini bermula pada tahun 1996 sebaik sahaja Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mengilhamkan wawasan Kad Pintar Pelbagai guna ini.




Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan yang pertama di dunia telah dilancarkan pada 5 September 2001 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelancaran rasmi tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inisiatif MSC negara kerana ianya merupakan aplikasi perdana Koridor Raya yang pertama dilancarkan secara rasmi.