Friday 12 April 2013

Internet ?? Apakah Itu...?

Apa Itu Internet

Tentu ramai yang tau akan kewujudan internet dan kegunaannya. Jika ditanya pada kanak2 sekolah sudah pasti jawapan yang di terima rata-rata mereka tahu akan internet. Tapi apakah sebenarnya internet ini??

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa English; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket atau dalam English nye disebut packet switching communication protocol. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang bersambung  menerusi talian telefon, gentian  optik (fiber), teknologi tanpa wayar (wireless) seperti 3G,WIMAX,EDGE dan WIFI.

Asal Kelahiran Internet

Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu network telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.

Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.

Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.

Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.

Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.


Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan.

Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.

Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.

Friday 22 March 2013

Sejarah Kad Pengenalan




Latar Belakang
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Evolusi Kad Pengenalan (1948 - 1999)
Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesasihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.


MyKad (sejak tahun 2000)
Untuk memenuhi keperluan keunikan kad pintar ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengenali, mencipta, dan membangunkan prasarana untuk menghasilkan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Projek ini bermula pada tahun 1996 sebaik sahaja Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mengilhamkan wawasan Kad Pintar Pelbagai guna ini.




Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan yang pertama di dunia telah dilancarkan pada 5 September 2001 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelancaran rasmi tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inisiatif MSC negara kerana ianya merupakan aplikasi perdana Koridor Raya yang pertama dilancarkan secara rasmi.