fuhh, bru je smpai dr kg, jauh kt kelate sne. pnt pn x ilang lg. ni abe hus nk share skit pasal bekam, kelebihan, cara2 nya dan sebgaiya nya. artikel ni abe hus dpt dlm beberapa laman web, jd abe hus try combine jd 1 artikel je. harap sume dpt manfaat ye.
Sejarah Bekam Menurut Islam
Menurut Abu Daud, Nabi Muhammad s.a.w berkata
“ Barang siapa berbekam pada hari 17,19 dan 21 pada setiap bulan, itu adalah penawar baginya daripada penyakit-penyakit “
Maksud Bekam
Apa itu bekam? Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy
di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi
bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya
sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!
Bekam Cara Nabi
- Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda
- Berbekam secara periodic setiap bulan
- Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
- Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah.
Baguskah Bekam?
Hereditary haemochromatosis, sejenis penyakit keturunan di
mana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat
dengan menggunakan bekam. Bekam juga membantu melambatkan proses
kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.
Lagi bukti?? Kajian menunjukkan ada kaitan antara penyakit jantung
dan kadar zat besi dalam darah seseorang. Semakin tinggi kandungan zat
besi, semakin tinggi risiko untuk diserang sakit jantung. Sebab itulah
pendermaan darah dan berbekam secara berkala boleh mengurangkan risiko
sakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang lain.
Faedah Berbekam Untuk Kesihatan
- Berbekam baik untuk jantung
- Derma darah dapat membantu pesakit yang memerlukan darah
- Kenal pasti status kesihatan diri kerana darah adakalanya diuji (screening test)
Menurut Abu Daud, Kabshah binti Abu Bakar melaporkan daripada
bapanya, pada suatu ketika Nabi menghalang sahabat-sahabat baginda
daripada berbekam kerana pada masa itu baginda khuatir pendarahan tidak
akan berhenti..
Pendapat Abe Hus
Tubuh badan dan fizikal setiap org berbeza, jika berbekam mendatangkan kemudaratan kepada diri individu tersebut, maka elaklah dari berbekam. yang mne yg baik sme2 la kte amalkan.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment